Paket Santai-santai 1hari di sekitar Kuching
(dari jam 9 pagi~5 petang)
Lokasi-lokasi tarikan pelancongan paket ini termasuk:
- Dewan Suarah (Civic Center)
– Muzium Sejarah
– Muzium Kucing
– China Town (Tugu Patung Kucing1&2)
– Lebuh India (India Street)
– Taman Bunga Orkid (Anggerik)
– Warung Kek Lapis Sarawak
– Sampan Tambang Sungai Sarawak
– Taman Sahabat
– Pantai Damai
– Aktivitas Shopping (Boulevard/Spring)
Aktivitas:
Lawatan lokasi-lokasi pelancongan di atas merupakan aktivitas perjalanan bersantai-santai saja, sambil berlibur kita dapat menikmati kelazatan makanan-makanan tempatan Sarawak. Disamping itu, lawatan ini amat sesuai bagi mereka yang berminat mengambil foto-foto di sekitar Bandarraya Kuching untuk di jadikan kenangan manis ketika berada di Kuching-Sarawak dan perasaan yang teristimewa sekali ialah, segala khazanah bumi Kepulauan Borneo ini ada warisan kita semua.
Acara akan berakhir sekitar jam 4.15 petang, dan menuju pulang ke Kuching.
| Damai beach |
![]() |
| Dewan bandaraya Kuching utara dan Cat Museum |
| India Street dan China town Tugu patong kucing |
| Museum Kuching dan Civic Centre |
| Sampan cruise dan Taman Orkid |
![]() |
| Shopping mall Spring dan Boulevard |
| Taman Sahabat |
Paket lawatan setengah hari ke Taman Buaya Jong (Zoo Mini), Pusat Orang Utan Semenggok dan Aktivitas Shopping di Pekan Batu 17 dan Batu 10 Padawan.
(dari jam 9 pagi~5 petang)
Aktivitas:
Bertolak terus ke Pusat Orang Utan untuk berkesempatan melihat Orang Utan bersarapan pagi sekitar jam 9 pagi, bergantung pada cuaca dan musim buah ketika itu, bilangan orang utan yang keluar setiap hari adalah berbeda. Kita akan bersarapan pagi di pekan Batu 10 dan sesudah itu, bertolak ke Taman Buaya Jong di Batu 17, aktivitas bebas dan berfoto-foto di taman buaya / zoo mini di sana. Kunjungan kita akan berakhir di shopping mall di Pekan Batu 17 mahupun di Pekan Batu 10 dan langsung pulang ke Kuching selepas shopping. Acara akan berakhir sekitar jam 4.15 petang, dan menuju pulang ke Kuching.
| Jong's Crocodile Farm |
| Oran Utan Semenggoh |
Paket 1hari Pekan Bau dan Gua-gua
(dari 9 pagi ~ 5 petang)
Aktivitas:
Santai-santai dan bersarapan pagi di pekan Bau, bertolak ke Gua Peri-peri dan Gua Angin yang menarik dengan corak batu-batu yang terhakisan oleh gerakan air dan angin dalam gua tersebut. Kita akan bersinggah sebentar di Tasik Biru (bekas lombong emas terkenal) sambil ambil foto di tebing tasik tersebut. Acara akan berakhir sekitar jam 4.00 petang, dan menuju pulang ke Kuching.
| Gua Pari Pari / Fairy Cave |
| Gua Angin / Wind cave |

